April 07, 2013

Review Novel...

Hi all...

Hurm, hari nie khatam aku baca 2 buah novel... memang mencuit hati terutamanya novel E.A.R... memang best + kelakar... tapi, tidak ketinggalan informasi berguna terutamanya bagi pasangan suami isteri dalam melayari bahtera yang dibina... Sedikit sebanyak, aku belajar bagaimana untuk menghadapi bahtera yang bakal aku bina bersama bakal sang suami. Aku syorkan korang yang minat untuk baca novel melayu, dapatkan buku ni dari pasaran... tak pun beli jer secara online...hehehe...

untuk novel nie, aku bagi rate 4.5/5 star...


     Novel yang aku baca M.D.I.C... cerita yang aku rasa sangat menarik...tapi, jika dikembangkan sedikit bahagian ending tuh mungkin lagi mantap kut... jalan cerita dah ada, cuma itulah yang aku katakan, memang best kalau kena expand bab ending tuh...kalau korang nak tahu apa yang aku maksudkan, korang dapatkanlah novel ni dari pasaran...tak rugi kalau mencuba untuk membaca, kan?

untuk novel nie pula, aku bagi 3.8/5 star...
     Buat masa sekarang nie, aku tengah baca buku English pula. Tapi, kalau buku English ni, aku tak adalah baca yang fiksyen. Aku baca yang ilmiah punya (tambah ilmu lah katakan...). Ini front page untuk buku tu... isi kandungannya nantilah aku buat review...belum habis baca lagi kan? mana boleh nak komen. Tapi, kalau nak buat early atau pre komen tu, satu jer aku nak cakap, bahasa inggeris nya mudah untuk difahami dan senang diingati...



so far, aku cuma nak cakap kat sini sebagai penutup BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH JADI SUSAH. Renung-renungkan dan selamat beramal...

April 05, 2013

New Life!!!

LAMA!!! Tersangat lama aku tidak menulisdalam blog... Hahaha... Kisah aku dan 'dia' berakhir dengan happy ending... Alahai...macam cerita Hindi plak kan!!! Hihi... Kisah kami berakhir dengan ikatan pertunangan pada 29 Januari 2012 (sama tarikh dengan BFF punya birthday, Wany)... InsyaAllah akan ke jinjang pelamin... Tapi, kita hanya mampu merancang. Namun, sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


     Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi cerita lagi di alam maya. Bukan apa, masaku sekarang sangat terhad, terutama sejak mula bekerja ni. Biasalah, bukan kita punya syarikatkan... Perlu diingat, dalam bekerja, apa yang penting...? KERJASAMA!!! Wah, macam 'Wonderpet' pula kan? Hihihi... 

     Sebelum aku mula bekerja, aku mengikuti Program GEMS di Kinarut... Sangat ramai kenalan baru untukku. Tapi dah tak boleh 'cuci mata'. Dah ada Enchek Tunang nih memang kadang-kadang 'menguji', tapi itu sudah pilihan kita, suka atau tidak kita kena ikhlas dengan perjalanan yang baru bermula. Tentang kawan-kawan pula, aku jumpa dengan Katey @ ex-housemate masa di IP dulu...wakaka... memang happening gila lah kami... nie gambar kami sebelum & selepas...hehehe


     Mari aku kenalkan sorang-sorang... Yang buat 'peace' tuh nama dia Amy... Yang pengang tablet tuh nama dia Zila... Yang muka sepesen jak before & after tuh nama dia Jill... Yang tudung orange tuh, the one & only ex-housemate, Katey... Tidak ketinggalan CEO bilik 22*, yang pakai tudung biru... Miss Rin... (yang lain tiada gelaran 'Miss' sebab kita nih pekerja biasa c boss...hahaha...)... Rindu sangat-sangat dengan korang... Semoga berjumpa lagi dilain hari...Amin...

     Selain BFF baru, aku juga ada company members...haaaa... nie dia member untuk Paradise Tour Sdn. Bhd. Rindu dengan semua... Hopefully, boleh jumpa lagi suatu hari nanti... (Masa wedding aku, WAJIB datang ok!!!)...


sekian untuk kali ini... InsyaAllah, jika ada kesempatan aku akan sambung lagi cerita-cerita indah untuk dikongsikan bersama... Wasalam...