January 09, 2017

Bisikan Hati

09 Januari 2017...

Hari ini aku terpanggil untuk menulis lagi. Hatiku yang lara membuatkan aku ingin mencurahkan segalanya, namun pada siapa aku hendak mengadu? Pada siapa ingin kusandarkan hatiku yang walang ini? Suami? Ya, aku punya suami. Seorang suami yang sering beralah kepadaku, seringkali memberikan keperluanku sepenuh hatinya, suami yang sering menjadi tempat untuk aku mengadu domba... Hahaha, manja sekali aku padanya, terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan aku seorang lelaki yang sedia menerima aku seadanya. Tapi, aku sedar, beban di hatinya cukup banyak. Tidak sanggup untuk aku menambahkan lagi beban di hatinya. Cukuplah dengan sikapku yang manja ini. Aku sedar, sebagai hambaNya, aku hanya ada Dia. Dia lebih mengetahui, lebih memahami setiap hambaNya. Apa yang dirasai, apa yang dihajatkan, apa yang diinginkan, semuanya Allah SWT lebih mengetahuinya. Terasa diri ini bagaikan sebutir pasir di tepian pantai dengan kebesaranMu Ya Allah. Terasa diri ini kerdil dan begitu hina. 

     Aku kurang mengerti mengapa hari ini aku berperasaan seperti ini. Mungkin ini adalah peringatan kecil daripadaNya, agar aku lebih merinduiNya dan lebih mendambakanNya, di kala senang mahupun susah. Mungkin aku lalai dalam mengejar dunia kecilku. Terima kasih Ya Allah, kerana sering kali memberikan peringatan agar aku tidak lalai dan leka mengejar dunia yang penuh pancaroba ini. 

     Ya Allah, bantulah aku, aku memerlukan kekuatan hati yang semakin rapuh ini. Aku juga tidak tahu sehingga bila mampu ku bertahan. Ingin kukuatkan hati ini Ya Allah, agar aku bisa menempuhi ujian dan dugaan yang Engkau kurniakan padaku. Aku yakin dan pasti, setiap ujian ini pasti aku dapat laluinya, kerana Engkau tidak akan memberikan sebarang ujian dan dugaan jika tidak mampu ditanggung oleh hambaMu. Namun, aku juga adalah seorang hamba yang lemah lagi hina, hamba yang rapuh hatinya... ingin memohon rahmat dan hidayahMu Ya Allah, agar diringankan beban hati ini. Hati yang walang ini semakin sakit, bagaikan menikam-nikam dan disiat-siat rasanya. Pedihnya hingga aku tidak mampu bernafas, tidak mampu untuk terus berdiri, tidak mampu untuk meneruskan perjalananku. 

     Air mata ini bagaikan tidak dapat berhenti. Ia terus mengalir deras tanpa dapat kuhalang. Ya Allah, kumohon padaMu, ringankanlah beban di hatiku yang walang ini. berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segala ujian dan dugaanMu, Ya Allah... Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu-pintu rezekiMu, Engkau luaskanlah pintu rezekiMu agar dapat aku untuk menerima walau sedikit rezeki dariMu. Ya Allah, permudahkanlah kehidupanku, ibubapa dan mentuaku, ahli keluargaku, guru-guru dan pensyarahku, sahabat handai dan rakan taulan, serta muslimin muslimat yang masih hidup atau yang sudah menemui Sang Pencipta... Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami, lembutkanlah hati kami untuk sering memaafkan antara satu sama lain, hapuskanlah perasaan hasad dengki dalam hati kami, Ya Allah. Sesungguhnya, hanya Engkau yang mampu membolak-balikkan hati-hati kami, Ya Allah. Hanya Engkau yang mampu memberikan kami hidayahMu, Ya Allah... Ya Allah, Engkau kurniakanlah kami kesihatan yang baik agar dapat kami terus mengikuti suruhanMu dan menjauhi laranganMu...

     Ya Allah, hanya padaMu aku menyandarkan harapan dan impianku. Engkau bantulah insan yang lemah ini... Amin ya rabbal a'lamin...

April 07, 2013

Review Novel...

Hi all...

Hurm, hari nie khatam aku baca 2 buah novel... memang mencuit hati terutamanya novel E.A.R... memang best + kelakar... tapi, tidak ketinggalan informasi berguna terutamanya bagi pasangan suami isteri dalam melayari bahtera yang dibina... Sedikit sebanyak, aku belajar bagaimana untuk menghadapi bahtera yang bakal aku bina bersama bakal sang suami. Aku syorkan korang yang minat untuk baca novel melayu, dapatkan buku ni dari pasaran... tak pun beli jer secara online...hehehe...

untuk novel nie, aku bagi rate 4.5/5 star...


     Novel yang aku baca M.D.I.C... cerita yang aku rasa sangat menarik...tapi, jika dikembangkan sedikit bahagian ending tuh mungkin lagi mantap kut... jalan cerita dah ada, cuma itulah yang aku katakan, memang best kalau kena expand bab ending tuh...kalau korang nak tahu apa yang aku maksudkan, korang dapatkanlah novel ni dari pasaran...tak rugi kalau mencuba untuk membaca, kan?

untuk novel nie pula, aku bagi 3.8/5 star...
     Buat masa sekarang nie, aku tengah baca buku English pula. Tapi, kalau buku English ni, aku tak adalah baca yang fiksyen. Aku baca yang ilmiah punya (tambah ilmu lah katakan...). Ini front page untuk buku tu... isi kandungannya nantilah aku buat review...belum habis baca lagi kan? mana boleh nak komen. Tapi, kalau nak buat early atau pre komen tu, satu jer aku nak cakap, bahasa inggeris nya mudah untuk difahami dan senang diingati...



so far, aku cuma nak cakap kat sini sebagai penutup BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH JADI SUSAH. Renung-renungkan dan selamat beramal...

April 05, 2013

New Life!!!

LAMA!!! Tersangat lama aku tidak menulisdalam blog... Hahaha... Kisah aku dan 'dia' berakhir dengan happy ending... Alahai...macam cerita Hindi plak kan!!! Hihi... Kisah kami berakhir dengan ikatan pertunangan pada 29 Januari 2012 (sama tarikh dengan BFF punya birthday, Wany)... InsyaAllah akan ke jinjang pelamin... Tapi, kita hanya mampu merancang. Namun, sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


     Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi cerita lagi di alam maya. Bukan apa, masaku sekarang sangat terhad, terutama sejak mula bekerja ni. Biasalah, bukan kita punya syarikatkan... Perlu diingat, dalam bekerja, apa yang penting...? KERJASAMA!!! Wah, macam 'Wonderpet' pula kan? Hihihi... 

     Sebelum aku mula bekerja, aku mengikuti Program GEMS di Kinarut... Sangat ramai kenalan baru untukku. Tapi dah tak boleh 'cuci mata'. Dah ada Enchek Tunang nih memang kadang-kadang 'menguji', tapi itu sudah pilihan kita, suka atau tidak kita kena ikhlas dengan perjalanan yang baru bermula. Tentang kawan-kawan pula, aku jumpa dengan Katey @ ex-housemate masa di IP dulu...wakaka... memang happening gila lah kami... nie gambar kami sebelum & selepas...hehehe


     Mari aku kenalkan sorang-sorang... Yang buat 'peace' tuh nama dia Amy... Yang pengang tablet tuh nama dia Zila... Yang muka sepesen jak before & after tuh nama dia Jill... Yang tudung orange tuh, the one & only ex-housemate, Katey... Tidak ketinggalan CEO bilik 22*, yang pakai tudung biru... Miss Rin... (yang lain tiada gelaran 'Miss' sebab kita nih pekerja biasa c boss...hahaha...)... Rindu sangat-sangat dengan korang... Semoga berjumpa lagi dilain hari...Amin...

     Selain BFF baru, aku juga ada company members...haaaa... nie dia member untuk Paradise Tour Sdn. Bhd. Rindu dengan semua... Hopefully, boleh jumpa lagi suatu hari nanti... (Masa wedding aku, WAJIB datang ok!!!)...


sekian untuk kali ini... InsyaAllah, jika ada kesempatan aku akan sambung lagi cerita-cerita indah untuk dikongsikan bersama... Wasalam...

July 20, 2011

practical owh practical...

rasa sedih plak...tak lama lagik nak habis...hurm,..sodeh...nway,banyak jugak kenangan pahit + manis yang aku lalui sini...dan tidak aku lupakan kepada 'dia' yang sentiasa untuk melawatku di sini...tahniah ya...dah jadik Lt.M dah skrg nie...hurm...rasa terkilan jugak sebab tak dapat hadir masa 'dia' tauliah hari tuh...hurm... T_T...

hehehe...lagik satu aku nak habaq nie,..pasal aku dah nak habis dan tak sure lagik nak keja apa...aku teringin la plak nak menulis...apa2 pun aku akan upload kat cni...hehehe...ok x???cadangan yang lain???hehehehe

April 02, 2011

speechless ~.~

semalam kena lecture... bukan aje dari mama... tapi dari 'dia'... tawla pa yang dia cakap tuh betul, tapi agak-agaklah ayat...janganlah tajam macam pisau kan? kecik hati memanglah, sakit sangat-sangat...naseb baik aku penat kemarin, kalau tak memang join venture dah aku ngan hujan tuh...

lepas kena lecture hampir sejam semalam, call mama lagi...hah,lagik lah kena lecture lebih sejam...kalau kira-kira kedua-duanya sekali, kira dalam 2JAM lah aku kena lecture...punyalah main sadis! naseb baik topik yang berbeza...

March 24, 2011

aku keliru dengan tingkahmu...

keliru? memang aku keliru... aku dah tak tahu nak describe macam mana...dia tak pernah melafazkan apa-apa, tapi cara dia tu yang buat aku keliru... aku takut aku tersalah tafsir apa yang aku lihat... mata hatiku takut untuk membuka kebenaran... aku takut untuk kehilangannya...

dan bila aku menafikannya, dia akan membuatkan aku percaya yang dialah insan yang kutunggu...namun, aku semakin keliru bila dia tidak menyatakannya...aku sendiri tak tahu apa yang dia fikirkan...dan untuk kali ini, biarlah single kut...ngeeee...

biarlah masa yang tentukan...mungkin dia perlukan masa...atau he is not my mr.right! (hopefully not!) walau apa pun, he is the best guy i ever fall in love with...........

March 22, 2011

my hope...

i need some space to recover myself like before...
i need some time to release everything from my heart...
i need some fresh air to breath...
i need some strength to remove the term of L.O.V.E from my heart...

cause everything wasn't mine anymore...
cause everything wasn't be the same like before...
cause everything make me hurt...
cause everything make me sad...

i want my life back...
i want myself back...
i want my happiness back...
i want my cheerful day back...
i want my peaceful night back...

please give me the energy to bring back myself into my life...
I've lost in my own world...
please give me an opportunity to get back my life...
i beg to You Ya Allah...
to bring everything back into my life like before...