April 05, 2013

New Life!!!

LAMA!!! Tersangat lama aku tidak menulisdalam blog... Hahaha... Kisah aku dan 'dia' berakhir dengan happy ending... Alahai...macam cerita Hindi plak kan!!! Hihi... Kisah kami berakhir dengan ikatan pertunangan pada 29 Januari 2012 (sama tarikh dengan BFF punya birthday, Wany)... InsyaAllah akan ke jinjang pelamin... Tapi, kita hanya mampu merancang. Namun, sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


     Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi cerita lagi di alam maya. Bukan apa, masaku sekarang sangat terhad, terutama sejak mula bekerja ni. Biasalah, bukan kita punya syarikatkan... Perlu diingat, dalam bekerja, apa yang penting...? KERJASAMA!!! Wah, macam 'Wonderpet' pula kan? Hihihi... 

     Sebelum aku mula bekerja, aku mengikuti Program GEMS di Kinarut... Sangat ramai kenalan baru untukku. Tapi dah tak boleh 'cuci mata'. Dah ada Enchek Tunang nih memang kadang-kadang 'menguji', tapi itu sudah pilihan kita, suka atau tidak kita kena ikhlas dengan perjalanan yang baru bermula. Tentang kawan-kawan pula, aku jumpa dengan Katey @ ex-housemate masa di IP dulu...wakaka... memang happening gila lah kami... nie gambar kami sebelum & selepas...hehehe


     Mari aku kenalkan sorang-sorang... Yang buat 'peace' tuh nama dia Amy... Yang pengang tablet tuh nama dia Zila... Yang muka sepesen jak before & after tuh nama dia Jill... Yang tudung orange tuh, the one & only ex-housemate, Katey... Tidak ketinggalan CEO bilik 22*, yang pakai tudung biru... Miss Rin... (yang lain tiada gelaran 'Miss' sebab kita nih pekerja biasa c boss...hahaha...)... Rindu sangat-sangat dengan korang... Semoga berjumpa lagi dilain hari...Amin...

     Selain BFF baru, aku juga ada company members...haaaa... nie dia member untuk Paradise Tour Sdn. Bhd. Rindu dengan semua... Hopefully, boleh jumpa lagi suatu hari nanti... (Masa wedding aku, WAJIB datang ok!!!)...


sekian untuk kali ini... InsyaAllah, jika ada kesempatan aku akan sambung lagi cerita-cerita indah untuk dikongsikan bersama... Wasalam...

No comments:

Post a Comment