February 28, 2011

muhassabah diri~~~

'mengapa perlu takut sedangkan itulah jalan yang terbaik yang telah Allah S.W.T berikan kepada hamba-hambaNya untuk memohon segala petunjuk dariNya..? aduhai Sakinah, jadikanlah dirimu seperti erti namamu agar tenang untuk menghadapi cabaran dan ujian yang diberikanNya...AMIN'

kata-kata ini aku ukirkan di laman sosial FACEBOOK ku... ingin sekali untuk aku mengungkapkan yang tersurat dalam kisah hari ini...terima kasih aku ucapkan kepada insan yang sentiasa bersama susah dan senang...abang angkatku, saudara Azuan...dan tidak kurang juga kepada sahabat-sahabat rapat ku...Wany,Kinah,Semah,Shima&Nila...terima kasih teman-temanku...hanya Allah S.W.T. mampu membalas jasa dan budi kalian...yang tidak boleh diganti kasih sayangku kepada mereka...mama dan juga abah...terima kasih memberikan kehidupan yang indah serta membimbing aku untuk berada di jalan yang Dia redhai...

malam ini aku membuat muhassabah diri...untuk memberikan aku 1001 NUR SAKINAH...agar aku dapat ketenangan seperti nama yang dipilih untukku...mungkin ramai yang mengenali diriku dengan gaya yang sempoi, sering ketawa dan gembira...namun, tidak terlihat kedukaanku, kesedihanku, keresahanku, kesilapanku jika bukan mereka yang begitu dekat dengan diriku...

dan malam ini,diberikan kepadaku HIDAYAH dari Allah S.W.T untuk memberanikan diri untuk mencari ilmu tentang solat istikharah...dan untuk melakukannya, akan aku lakukan dalam masa terdekat ini...InsyaAllah...mudah-mudahan...moga aku dapat kekuatan yang sepenuhnya daripada Allah S.W.T.

mengapa aku melakukan solat istikharah? mungkin ada teman-teman yang sering memberikan pandangan tentang solat ini dengan masalah yang aku hadapi...dan terima kasih atas pandangan tersebut...aku teringin untuk melakukannya sudah lama, cuma kekuatan untuk aku melaksanakannya, belum lagi sampai masanya...dan kini, Allah S.W.T. telah bukakan pintu hatiku untuk mencari ilmu mengenainya...terima kasih ya Allah, hanya padamu aku bermohon agar diberikan jawapan yang sebenarnya...

benar kata orang, solat istikharah ini memang sinonim dengan tujuan individu untuk mencari jodoh...namun, seringkali perlu diingatkan, sebarang keputusan daripada yang kecil kepada yang besar, seharuslah kita membuat solat istikharah...untuk meminta petunjuk sama ada tindakan itu betul atau tidak...oleh itu, ingin aku katakan di sini, memang aku ingin melakukannya berkaitan dengan jodoh...namun, bukan untuk mencari jodoh seperti yang selalu kita dengarkan...

aku mencari jalan yang terbaik untuk melihat adakah perasaan yang tumbuh di hati ku ini adalah perasaan yang dikirimlan oleh Allah S.W.T. ataupun permainan Syaitan yang ingin menyesatkan keturunan Nabi Adam A.S...aku mengetahui dan sedar bahawa aku belum bersedia lagi dalam hal ini...namun, aku juga manusia biasa yang sering kalah dengan perasaan sendiri...oleh itu, aku mengharapkan agar aku dapat memuhassabahkan dir agar tidak terpesong dari jalan yang diredhai Allah S.W.T.

wahai teman-temanku sekalian, berikanlah aku kekuatan kalian, walaupun sebesar kuman, agar dapat aku mencari jalan bagimenenangkan diriku ini...berikan aku kekuatan agar aku dapat menerima hakikat sekiranya ini bukan terbaik bagi diriku...ya Allah, hanya kepadaMu aku meminta dan memohon agar Kau memelihara hati ini daripada apa-apa yang Kau mungkari...amin~~~

http://ohislam.com/solat-istikharah/

February 27, 2011

another sweet memory @ perdana park

hahaha...semalam memang best...
perdana park? memang cantek gilerrr...
last night was my second time to be there...
and my sweet memory with him...
(remember the story i've told u all about
'kawan, bestfriend  or boyfriend')
finally we go out...just both of us...thanks to beb...
sebab? biarlah aku ngn dia aje taw...hihihi

nway,nak dijadikan cerita KANTOI,
beb xjadi ikot semalam...
then just 2 of us ajelah yang g...
banyak yg kami sembangkan dalam kereta...
something yang aku rasa terlalu personal utk share...
dan, keadaan nak ke tanjung aru tuh memanglah
tersangat2 jammed gila...sepanjang jalan jammed...

sampailah kat perdana park,
aku ngn dia cari lah port yang leh duduk...
sambil menyaksikan air pancut yang cantik dan unik...
n i meet my cousin, Girl, there...
her mom tgh jogging, her brothers plak jln2...
and she knew that i bring 'him' last night...

yang funny giler,punya best cover line...
tup2, my uncle bawak my lovely nephew kat belakang kami...
mcm xterkejut beruk plak kan aku...

sadis gak lah kira...
girl pun dah xley nak cakap pe...dia pun speechless...
dia memang ader cakap yg abg ijo pun ader ngn my uncle...
tp durang duduk area lain...hmmmmm....
terus pretend blur2 and terus ambil my nephew dr storller...
'dia' plak comel sangat bila nak dukung my nephew...
tp my nephew xnak dia...xbiasa kut...
xpe,t kasi biasa2x ok?
then,lastly we took picture together macam biasa...
berlatar belakangkan panorama indah kat perdana park...

during last night...
we talk, we laugh, we argue, we share...
everything on that time...
but, i still didnt know what does he felt on me...
i just hoping that he felt the same way with me...


February 21, 2011

kawan, bestfriend @ boyfriend???

aku terfikir apakah hubungan antara kami sebenarnya...
kata orang,tiada istilah kawan baik @ 'bestfriend'
antara lelaki dan perempuan...

bila aku bertanya dengan salah seorang kawanku,
dia mengatakan, "kita nie bestfriend nda jua hari2 kita
ber'calling' selalu kan?"
tapi kami kan kawan???

sedangkan asal aku rasa nak jalan ke apa ke,
aku akan inform... msg kew,call kejap ke...
dia pun sama... selalu aje bagitau kalau nak kuar
ke, nak jalan ke... jadi???

so, aku pun berfikir... samada yang hubungan kami
sebenarnya melebihi hubungan sebagai kawan...
dan paling best tuh, aku selalu pesan...
"klu jalan tuh hati2...jgn nakal2 taw"

dia selalu care ngn aku...
paling best, kami akan makan ******* kalau jumpa...
dan dia selalu mintak aku masak...
yelah, malu punya pasal + takut kena kutuk,
tak pernah lah dia merasa masakan aku...

aku selalu merajuk ngn dia...
sebab? salah satunya nak menafikan apa
yang aku rasa sebenarnya...
kadang2 tuh nak bermanja2 sket r...
hahahaha...

anyway, aku rasa cukuplah aku tulis sampai kat sini... kalau ada apa2 info, aku akan tulis plak siri kedua...bukan selalu aku dapat tulis nie... banyak kerja sekarang... gambar dia ader... tapi aku TAK AKAN upload... wat pe kan... hehehehe... see ya next tym... daaaaa~~~

February 19, 2011

petua keluarga bahagia

yang dikemukakan oleh  Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

the P.O.W.E.R of 16th

the power of 16th???
mksdnya? rahsia tarikh lahir saya sebenarnya...
apa yang saya ingin kongsikan disini adalah ciri-ciri orang yang lahir pada 16th june...


disini saya paparkan link untuk yang saya ambil sebentar tadi....
cubalah...pasti berbaloi....namun, diingatkan sekali lagi,apapun yang dipaparkan,hanya perancangan manusia sahaja...tidak perlu terlalu obses dengan keputusan yang ditunjukkan...
bagi saya ianya adalah salah satu daya untuk meningkatkan 'self-esteem' saya yang terlalu rendah....
apa2pun,share la dengan saya ye keputusan anda......
http://rahsia-tarikh-lahir.com/

February 18, 2011

i'll miss the moment we have....

di penghujung waktu nie...
makin terasa sedih pulak...
yelah,nak berpisah dah xlama lagik...
last sem sudah nie...
i'll miss u all....

kucing yang comel

kucing???
sape xsuka kucing? kucing comel lah...
ader yang cakap tingkah laku kucing melambangkan tingkah laku tuannya...
betul atau tidak,tak sure pulak la...
itu apa yg sy baca dr beberapa buku dan pendapat dr org ramai...
apa pulak kata anda?

kucheng tdooo


lovely couple
manja nyewww..

saye budak baru belajar....

hoho...akhirnya apa yg saya hajati dah dapat...menulis...
tujuan? nak improve BM sebenarnya...wakakakaaaa...bukan pe,mmg dah tahap SLOW BM tul...
anyway..welcome to my BLOG...